Sunday, 15 March 2020

5 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.




1. Tempah Tiket Awal, Tetapi Tidak Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman admin, korang kena tempah tiket flight sekurang kurangnya 21 hari lebih awal daripada tarikh yang korang nak pergi/ terbang. Kebanyakkan syarikat penerbangan sudah ditetapkan dalam system untuk mencapai seberapa banyak jumlah tiket yang hendak dijual. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu untuk tiket tiket penerbangan yang dijual dengan harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya 10 penumpang terawal yang tempah akan mendapat harga tiket paling rendah. Sementara 210 penumpang seterusnya akan dichargekan dengan harga yang medium dan selebihnya akan mendapat harga yang lebih mahal.


2. Pilih Untuk Mendarat Di Lapangan Terbang Kecil.
Turun di lapangan terbang yang bukan utama sesebuah destinasi. Sebagai contoh korang nak pergi London biasanya orang akan pilih nak arrive dekat Heathrow tetapi korang jangan turun di heathrow sebaliknya turun dekat airport yang berdekatan dengan Airport Heathrow sebagai contoh Airport Menchester. Mesti dapat harga lebih murah.

3. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaikn untuk korang beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Hari Selasa dan Rabu dipilih kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu kerana kesibukan bekerja. Atau anda boleh terus menghubungi kami untuk membeli tiket flight anda dan mencari harga yang paling murah.

4. Elakkan Memilih Tarikh Pada Musim Percutian Sekolah Dan Musim Perayaan.
Ini adalah kerana musim percutian ni dipanggil "peak season" dan pada tarikh tarikh ini harga tiket akan melambung naik kebarangkalian 2 kali ganda dari harga tiket biasa. Seeloknya kepada para pekerja kerajaan terutamanya guru harus memburu tiket atau keep up to date tentang harga harga promosi sebagai contoh Air Asia yang selalu buat promo seperti "Zero Fare" dan sebagainya.

5. Sentiasa Up To Date Dengan Pd Travel & Tours.
Dengan cara ini anda hanya perlu like page kami PD TravelTours and hanya perlu tekan butang see first dan anda akan keep up to date dengan promosi promosi tiket flight yang sangat rendah, atau anda hanya perlu tinggalkan nombor telefon dan data tentang tarikh penerbangan dan halatuju supaya memudahkan kami untuk keep up to date anda dengan harga tiket yang murah. Follow FB Kami  https://www.facebook.com/PDTRAVELNTOURS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...