BANDUNG TOUR
3HARI 2MALAM
HARI 1 : BANDUNG TOUR – SHOPPING (MM)
Sampai di Lapangan Terbang Bandung, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan diberi sedikit taklimat. Terus menaiki bas untuk dibawa bersiar-siar dan melawat ke tempat-tempat seperti :-
· FACTORY OUTLET GRANDE
· BATIK HOUSE
· NATURAL & CIHAMPELAS
· JEANS CENTRE
Selepas makan tengahari, peserta akan check-in hotel.
Sebelah petang peserta akan dibawa ke tempat membeli-belah di sekitar Bandung. Selepas makan malam, balik semula ke hotel.
HARI 2 : BANDUNG TOUR (SP,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan menaiki bas untuk dibawa ke TANGKUBAN PERAHU melawat kawah gunung berapi yang masih aktif . Peserta akan menaiki jip atau mini bus untuk ke puncak.
Sampai di puncak, peserta dapat melihat sendiri kawah gunung berapi yang aktif di samping dapat membeli- belah di gerai yang banyak terdapat di kawasan sekekliling bekas gunung berapi itu. Peserta juga . Berpeluang ke CIATER HOTSPRING, kolam air panas dan bersantai di situ. Selepas makan tengahari di Lambang, peserta akan dibawa ke Bandung semula untuk membeli belah ke tempat berikut :
- PASAR BARU CIBADAYUT
- PUSAT KRAF KULIT - untuk membeli beg tangan, kasut, wallets dan lain-lain yang diperbuat dari kulit asli
Selepas makan malam, balik semula ke hotel dan acara bebas.
HARI 3 : BANDUNG TOUR (SP,MT,MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke tempat berikut :
- MASJID AGUNG
- GEDUNG SATE / GOVERNOR OFFICE
- MUSEUM METEOROLOGY
Selepas makan tengahari, peserta akan dibawa membeli belah di Donatello and Elizabeth. Lawatan diteruskan (lawatan pilihan ke pertunjukan Angklung Ujo) untuk melihat persembahan . Tradisional Sunda seperti angklung buluh, Tarian Sunda / tarian topeng, pancak silat dan lain-lain). Selepas makan malam, balik semula ke hotel yang sama dan acara bebas.
HARI 04 : HOTEL – AIRPORT (SP)
Selepas sarapan pagi, acara bebas sementara check out dan dihantar ke Lapangan Terbang Bandung untuk penerbangan pulang.
PAKEJ TERMASUK
- Airport tax Bandung
- Penginapan 2 malam
- Makanan halal
- Tip untuk pemandu pelancong
- Insurans
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Penggunaan telefon, dobi dan lain-lain
- Lebihan bagasi : lebih dari 7kg ditanggung oleh peserta.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete